Aku tak tau la korang betul ke tak nak berhenti merokok tapi yang aku tahu rokok tu memang la tak bagus untuk kesihatan. Alaa semua orang tahu rokok tu bahaya untuk kesihatan tapi orang tetap hisap jugak betul tak ? Alasannya mudah .. rokok ni nikmat betul tak ? Pergh kalau hisap rokok lepas makan nasik , wa cakap lu dunia ni ana yang punyer la ... Rokok ni kira dessert utama la bagi perokok perokok kat luar sana tu. Aku rasa antara benda yang paling susah untuk aku berhenti merokok dulu sebab benda ni la - tak boleh jalan kalau tak merokok lepas makan .... Aku ada idea biznez mantap untuk restoran-restoran kat luar sana - apa kata korang kasi sebatang rokok free kat sapa2 yang merokok supaya diorang bole merokok lepas makan ? Amacam ? Gerenti biznez korang berjaya hahaha
Aku main-main je tu tapi kalau korang nak buat gak terpulang la korang la tanggung kena maki ngan bini-bini bila laki diorang kena kanser ke strok ke apa ke sebab merokok ni ... tak pon kena sue ngan bini or keluarga perokok yang dah meninggal dunia haha basis case diorang senang je - restoran korang menggalakkan laki diorang merokok sampai rokok dah jadi sebahagian hidup diorang hahah korang jawab la kat court kalau kena saman ;)
Saturday, January 2, 2010
Iklan Bahaya Merokok
Aku rasa korang pon dah boring tengok iklan rokok kat negara ni. Berkesan ke tak tu korang yang jawab, sesetengah orang berkesan sesetengah orang memang tak berkesan ... Tapi apa-apa hal aku nak bawak korang tengok iklan rokok yang aku cekup kat internet ... banyak gak iklan-iklan dasyat yang patut korang amik pengajaran. Udah udah la tu merokok, nak berhenti merokok ni boleh je kalau dah betul-betul nak berhenti. Banyak je cara-cara berhenti merokok kalau korang cari kat luar sana. Ok dah cukup cakap panjang-panjang pasal rokok ni pon tak leh gak. jom kita tengok iklan rokok ni ... layannnzz
Tuesday, December 29, 2009
Bercerita Tentang Rokok ...
Apa yang korang nak tahu tentang rokok ? Korang pernah dengar rokok Marlborro ke Dunhill ke. Ni brand rokok la. Marlboro ni pulak ada pecah lagi ada soft pack ada hard pack. Orang cakap soft pack lagi sedap hisap, tapi aku akui la soft pack lagi sedap aku pon tak tahu sedap tang mana tapi lagi sedap la .. Nak cakap tentang rokok ni sampai esok tak habis .. ni baru stop kat kelembutan dan kekerasan paket Marlboro blum cakap lagi pasal jenis-jenis macam mentol, light, heavy, kaler dan sebagainya.
Bila orang tanya tentang rokok apa yang korang terbayang dalam kepala? Asap rokok berkepul-kepul atau kanser sebab kesan merokok ? Kebanyakan akan confirm terbayang asap rokok. Tak pon terbayang Dunhill. Yang pasti, doktor yang tak hisap rokok jer akan terbayang pasal orang tengah nazak sebab kanser bila orang tanya dia tentang rokok.
Marlboro ke Dunhill ke ni semua rokok orang putih. Ada lagi rokok hebat berasal dari Indonesia. Rokok kretek korang pernah hisap ? Rasa dia sedap la, bau pon ada wangi siket .. Contoh-contoh rokok kretek @ rokok indonesia ni (pepandai aku je cakap rokok Indonesia) macam gudang garam dan sampoerna. Aku suka sampoerna hijau dari sampoerna merah ke gudang garam ke .. Aku rasa sampoerna merah + gudang garam ni banyak sangat la rempah dia sampai aku naik pening hisap ..
Hisap la rokok apa yang korang nak hisap yang penting make sure korang tak buang merata puntung rokok tu.. kalau tak nanti kena marah.. dah la hisap rokok pastu buat sampah pulak <- makcik tukang sapu pernah marah aku sebab lepas merokok buang merata puntung rokok heheh
Boleh Mintak Rokok Sebatang ?
Kalau ada orang mintak rokok dari korang, apa korang buat ? Opps lupa cakap something soalan ni ditujukan pada yang merokok yer. Kalau tak merokok harap maaf. Korang nak kasi rokok korang ke atau korang cakap "mat beli la sendiri" ? Mana satu korang cakap ? Kalau yang tanya tu member korang, of course la korang jawab nah amik la sebatang esok aku claim balik. Kalau korang tak kenal, confirm korang buat muka pelik sambil cakap " lu sapa mat ? "
Alahai rokok... yang gi mintak tu pon satu, kalau dah tahu tak de duit apesal la nak merokok kan .. ops mungkin yang mintak tu tengah tak de rokok time tu (mana la tau dia jutawan tapi time tu dia tengah kehabisan rokok, tapi kalau aku tahu dia jutawan confirm satu kotak rokok aku kasi dia Sebabnya, ntah-ntah dia balas aku ngan satu rumah banglow ke sapa tahu kan ? )
Walaupun iklan rokok banyak, jap nak betulkan ayat - iklan tak nak rokok - tapi masih ramai yang merokok. Jumlah perokok pulak rasanya akan terus bertambah kot ... Orang semua tahu rokok bahaya .. Diorang tengok iklan anti rokok ni boleh kira tiap-tiap ari. Kat TV confirm ada, kat paper confirm ada ... tapi merokok tetap tak tinggal kan ?
Aku pun tak tahu nak cakap apa. Aku dulu hisap rokok tapi sekarang dah berenti la .. Masa aku hisap dulu pun aku dah tau tentang bahaya rokok, tapi aku hisap jugak ... nak buat cam mana dah addict ... seribu iklan rokok pon aku rasa tak de kesan kat aku .. tapi macam mana aku boleh berhenti rokok ... Aku kira bersyukur jugak la sebab berhenti, kalau tak berhenti sampai ke tua la aku hisap rokok, ntah2 tak sampai tua dah tiang dua
Cerita tentang rokok ni sampai esok pon tak habis, betul tak tipu. Ada segala benda boleh cakap pasal rokok, bahaya rokok, harga rokok, brand rokok dan pelbagai lagi. Aku rasa kalau kompeni rokok tu parents aku punya, merasa la jugak aku pergi London ke US ke dan sebagainya heheh
OK la cukup la untuk kali entri pasal rokok. Esok mungkin aku cakap lagi pasal rokok
Sunday, December 27, 2009
About Me
Aku orang biasa yang pernah merokok tapi berjaya meninggalkan rokok. Perjalanan aku meninggalkan rokok tak mudah tapi juga tak mustahil. Dah lama berhenti dan aku bangga dengannya. Korang nak teruskan merokok teruskan lah sebab aku tahu walau berjela aku tulis tetap korang isap rokok. Tapi andai kata (cewah) korang rasa nak berenti singgah la kat blog ni. Korang pasti dapat berenti aku akan ajar cara berenti. Aku tahu orang yang nak berenti adalah orang yang tahu apa itu bahaya rokok.
Subscribe to:
Posts (Atom)
